CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 28 Mei 2009

Sebab Utama Lelaki ditarik ke Neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita.Lelaki itu adalah mereka yg
tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah
itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
anak-anak perempuannya didunia.Dia tidak memberikan segala
keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.
Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja.
Maka dia akan ditarik keneraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang?.
Adakah kau mengajarnya bersolat?puasa?menutup aurat?
pengetahuan agama?Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
jahanam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan utk suami
tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila
suami mendiamkan diri walaupun seorang yang alim dimana
solatnya tidak pernah bertangguh,puasanya tidak tinggal,
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama
ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah
hal keadaan isteri tercintamu sekarang?.
Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau
menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka
terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati
bersamanya di 'taman' neraka sana)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah
wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.
Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan
adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan
adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jangan
hanya menjaga amalmu,dan jangan ingat kau terlepas.
Kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak.
jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat
dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal
kelakuan yang haram disisi Islam.Bila ibu membuat
kemungkaran mengumpat,memfitnah,mengata dan sebagainya.
Maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

p/s; Duhai anak2 lelaki.sayangilah ibumu.nasihatilah dia
jika dia melakukan maksiat dan meniggalkan perintah
Allah.

Rabu, 27 Mei 2009

Nafsu yang Degil pada Perintah Allah

Dalam sebuah kitab karangan Ustman bin Hasan bin Ahmad
Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam
abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya
Allah S.W.T telah menciptakan akal.

Maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal mengadaplah engkau."
Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T.,
kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :
"Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata,
"Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah
hambaMu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal tidak Kuciptakan makhluk yang lebih mulia
daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman
kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".
Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.
Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata,
"Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim
selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata,
"Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu'
selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T
berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan
siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,
"Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan
sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu
adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu,
jangan biarkan nafsu mengawal kita, kerana jika nafsu yang
mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Khamis, 21 Mei 2009

DOSA GUGUR APABILA SUAMI ISTERI BERSALAMAN

RASULULLAH saw bersabda yang bermaksud:
"Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya,
maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat
suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon
kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada
suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana
kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika
pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan
suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan
Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan
suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami.
Justeru,apabila suami pulang segeralah bukakan pintu,
persilakan masuk dengan penuh hormatdan ciumlah tangan suami
sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri
merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami
bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa
dari celah-celah jari mereka berdua.Andai mempunyai anak-anak,
ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya
kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak
kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti
isteri.Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup
sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula,
tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai yang bergelar isteri,hendaklah berlumba-lumba
untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa,
berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud:
"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang
berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara,
ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa
dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan
mencari keredhaan Allah melalui keredhaansuami.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada
Dzat yang memilikimu."

Khamis, 14 Mei 2009

Wudhuk Zahir dan Batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak
dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau
ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang
yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki
dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari,Isam menghadiri majlis seorang abid bernama
Hatim Al-Assam dan bertanya,

"Wahai Aba Abdurrahman,bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata,"Apabila masuk waktu solat,aku berwudhuk zahir
dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "

Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu
membasuh semua anggota wudhuk dengan air".
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh
perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang(riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid,
aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku
5. dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas
titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku
kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat
dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya
kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk,aku
bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam
dengan ikhlas.Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar,menangislah dia kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Pesan Roh pada Manusia



Apabila roh keluar dari jasad,dia akan berkata-kata dan
seluruh isi alam samada di langit atau bumi akan mendengarnya
kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan,lalu roh
berkata:
"Wahai manusia yang memandikan,aku minta kepadamu kerana
Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan
kerana pada saat ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu:
"Wahai manusia yang memandikan, janganlah engkau menuangkan
air dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan
air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh
dari tubuh".

Apabila dimandikan,roh sekali lagi merayu:
"Demi Allah, wahai manusia yang memandikan jangan engkau
menggosok aku dengan kuat kerana tubuhku luka-luka dengan
keluarnya roh".Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki
mayat diikat dan dia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi
supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafani kepalanya
kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak,isteri atau
suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai
Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu dia berpesan:
"Demi Allah,wahai jemaahku,aku telah meniggalkan isteriku
menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku
telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku
tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya
kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke
kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara
buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,
roh pula berpesan:
"Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,
jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan
aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
melalaikan aku.Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku
telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak
mahu menanggung kesalahanku".
"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa
senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu
mendoakan aku".

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau
yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari
kubur dan duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun
tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka
mereka.Dalam mimpi itu,Abi Qalabah dapat melihat jirannya
juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat
jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana
petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku
mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah
mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.
Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan
menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa
mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji
di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali
lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya
sudah ada nur dimukanya dankelihatan lebih terang daripada
matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan
kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak
kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut
hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang
lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya
mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai
ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. Lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,
maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang
disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya disyurga. Apabila orang yang beriman itu melihat
syurga,maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga
dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S.
akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak itu
dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang
itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah
kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi
tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki
seorangmukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat
maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin
itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang
mukmin itu dengan berkata:
"Tidak Ada jalan bagimu mencabut roh orangini melalui jalan ini
kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada
Allah S.W.T.".
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun
kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan
oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah S.W.T. Berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T.
Maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin
dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah
tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak
yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:
"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari
arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini
mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari
arah kaki.Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan
sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa
berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan
kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari
arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga
pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari
arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka
berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa
melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa
menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat, tulis Asma'Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan
kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut
menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma' Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma' Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia
keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga
mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak
di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung
dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,
mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang
akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka
keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.

Sabtu, 9 Mei 2009

Posisi tidur menurut islam dan sains

Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a.:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan
kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat.
Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu.
(Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada
lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain
adalah seperti berikut:-

1)Tidur dengan meniarap


Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh
yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana
beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang
dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan
menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan
kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan
otak. "

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku
peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila
mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di
lambung kanan atau kiri.

Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain
telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut
kanak-kanak yang tidur meniarap.Tidur meniarap adalah dilarang
oleh Islam.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w .
Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai
oleh Allah dan Rasulnya."
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki
yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan
kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya
ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

2)Tidur menelentang


Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut
kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan
mereganngya rahang bawah.Sepatut dan seeloknya hidung yang
bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring
udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan
untuk memanaskan udara.Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan
seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga
menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

3)Tidur mengiring ke kiri


Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika
itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru
kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan
kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua..
Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur
mengiring ke ke kiri.Kajian yang telah menunjukkan bahawa
makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung
diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring
ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri
memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan
kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan.
Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan.
Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak
tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik.
Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas
proses penghadaman.

-----------------------------------------------------------------------------------
Rujukan: Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak
oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.

Khamis, 7 Mei 2009

Temuduga sebagai calon JENAZAH



KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli
Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca
iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
-Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham atau
saham Internet.
-Anda tidak perlu bawa pingat,Mercedes mata belalang
atau kad kredit.
-Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang
anda kumpul.
-Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik,hensem atau
berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu :
Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Malaikat Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk
menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa
saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada
orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang
tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Hanbal,
yang bermaksud:

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di
dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara
(terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur
pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang
dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan
diletakkan di kepalanya,
puasanya diletakkan disebelah kanannya,
zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan
daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan
dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.Ia akan
didatangi malaikat dari aras kepala,maka solat itu
berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada
jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan,
maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan
masuk.Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri,
maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada
jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung
kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku
tidak ada jalan masuk.Maka malaikat berkata
kepadanya : Duduklah kamu.Kepadanya (mayat) memperlihatkan
matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya
kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang
laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar,
aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya
engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat)
tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan
kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu
kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah!
Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa
Nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa
kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat
berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan
dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga
kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian
dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah
tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan
berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu.
Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari
cahaya baginya'.

Jadi pembaca-pembaca sekalian, mari kite renungkan. Adakah kita
benar-benar bersedia menghadapi temuduga tersebut??????

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

9 SEBAB HATI TAK TENANG

1) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam
diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati
tentunya tidak terang..

2) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang
seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas
dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti
sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.
Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki
sifat ketuhanan.

4) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,
pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa
berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang
yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid
tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap
memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki
itu Allah beri melalui makhluk.

5) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak
akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum
air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis
juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan
harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita.
Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan
rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki
itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah
lagi hal-hal yang lebih besar.

7) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak
tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari
sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri,
cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk
dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji,
ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan
amalannya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa
yang kita ada.

9) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah
dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi
kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa
amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia
merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia
merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat
itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Pilih Ibu atau Anak???

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah
akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.
Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan
bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar
dari ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal.
Si ibu sudah tak sedarkan diri!" jawab doktor itu..

"Jadi bagaimana doktor ...?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya,
tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan,
menyelamatkan si ibu atau menyelamatkan si bayi!"

Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata. ......

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat
untuk membuat pilihan!"
desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan
nada sayu...

"Doktor, saya sangat bingung. Saya serahkan sepenuhnya
kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia
sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal
seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -

Kisah ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan
terhadap agama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting.
Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik ia akan berusaha
menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. Bagi doktor
muslim,ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan
si bayi.Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar,
tapi itulah jalan terakhir dan muktamat..

Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?

Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa
dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal".
Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa.
Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat iaitu
penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan
berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak,
agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun
sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu.Doktor berharap,
setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk
dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya.. Jika si anak
meninggal sebelum dibaptiskan,anak itu akan masuk neraka.
Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah.
Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu,
kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka.
Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat
kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi
dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik,
yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat diselamatkan,
biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci.
Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan
didunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak
menjadi orang yang tersesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat
untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah
sepenuhnya kepada doktor itu. Di dunia ini ada banyak agama
dan kepercayaan.Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang
kita anut, akan menentukan jalan hidup kita. Itu sebabnya amat
penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima
kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.

Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan:
1. Meneruskan tidur atau bangun solat subuh???
2. Untuk lunch dahulu atau solat zohor dahulu???
3. Setelah habis kerja adakah terus pulang ke rumah atau singgah
ke geraikopi/disco dahulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah atau dimusuhi
rakan sekerja? ??
5. Menyegerakan berkahwin atau menundanya dulu???
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia???
7. Dan banyak lagi.....

Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar,
dan menghasilkan natijah yang sangat ditakuti.
Tambahkan diri dengan ILMU dan IMAN. Mudah-mudahan selamat kita
semua di dunia & di akhirat. Amiin...

Teladan Kisah Si Iblis

Part 1 - Iblis kunjungi Rasulullah

DARIPADA Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas r.a., “Ketika kami bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah, ‘Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku’ .”

Rasulullah SAW bersabda, “Tahukah kalian siapa yang memanggil?”

Kami menjawab: “Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Baginda melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Allah SWT bersamanya.”

Umar bin Khattab berkata, “Izinkan aku membunuhnya, wahai Rasulullah.”

Nabi menahannya, “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahawa Allah SWT memberinya kesempatan sehingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya sebab dia sudah diperintahkan untuk ini. Fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.”

Ibnu Abbas r.a. kemudian memaklumkan: “Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang orang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya ada tujuh helai rambut seperti rambut kuda, taringnya kelihatan seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.”

Iblis berkata, “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu hadirin.”

Nabi menjawab, “Salam hanya milik Allah SWT. Sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu?”

Iblis menjawab, “Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa.”

“Siapa yang memaksamu?” tanya Nabi.

Iblis menjawab, “Seorang malaikat utusan Allah SWT mendatangiku dan berkata, “Allah SWT memerintahmu mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad mengenai caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah SWT, andai kau berdusta satu kali saja, Allah SWT akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin.”



Part 2 - Iblis gentar


IBLIS gentar dengan soalan Nabi Muhammad ketika diarah bertemu baginda oleh Allah dan di bawah ini adalah sebahagian lagi daripada keseluruhan soalan perlu dijawab makhluk dilaknat itu:

Amalan yang menyakiti iblis


Nabi Muhammad menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti makhluk dilaknat Allah itu.

“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?” Iblis menjawab panas dan gementar lantas baginda bertanyakan mengapa.

Iblis menjawab, “Sebab setiap seorang hamba bersujud sekali kepada Allah dan Tuhan mengangkatnya satu darjat.”

Baginda bertanya lagi, “Jika seorang umatku berpuasa,berhaji dan membaca al-Quran.”

Iblis menjawab, “Tubuhku terasa terikat hingga dia berbuka, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.”

Apabila ditanya jika seseorang umat Muhammad bersedekah, iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan membelah tubuhnya dengan gergaji.

Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab, “Sebab dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”

Baginda meneruskan soalan: “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”

Iblis menjawab, “Suara kuda perang di jalan Allah.”

Soal baginda seterusnya, “Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”

Iblis menjawab, “Taubat orang yang bertaubat.”

Nabi Muhammad meneruskan soalan: “Di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?”

Dan dijawab iblis, “Di bawah kuku manusia.”



Part 3 - 70,000 anak bantu iblis



Rasulullah SAW lalu bersabda, “Segala puji bagi Allah SWT yang membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”

Iblis segera menyampuk: “Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup sehingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberiku kesempatan sehingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh kecuali hamba Allah SWT yang ikhlas.”

Rasulullah terus bertanya Iblis siapa yang ikhlas menurut makhluk laknat terbabit dan dijawab: “Tidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, dia bukan orang yang ikhlas.”

“Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa dia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya.”

“Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

“Tahukah kamu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan?”

“Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanita tua, sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.”

“Aku punya anak yang suka kencing di telinga manusia sehingga dia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.”

“Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.”

“Aku punya anak yang senang ada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia hebohkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.”

“Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya lalu menghiasinya supaya setiap orang memandangnya. Syaitan juga berkata, ‘Keluarkan tanganmu’, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan menghiasi kukunya.”

“Mereka (anak-anakku) selalu menyusuri dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lain serta daripada satu pintu ke pintu lain untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas daripada keikhlasan mereka.

“Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.”

“Tahukah kamu Muhammad bahawa ada rahib yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga dia berzina, membunuh dan kufur,” terang Iblis kepada Rasulullah SAW.


Part 4 - Pendusta sahabat iblis

IBLIS laknat menganggap dirinya lebih mulia daripada manusia dan enggan tunduk kepada Nabi Adam tetapi akhirnya terpaksa bertamu kepada Nabi Muhammad SAW atas perintah Allah SWT untuk memberikan jawapan setiap persoalan dilontarkan junjungan mulia.

Berikut adalah sambungan jawapan diberikan Iblis dengan pengakuan bagaimana dia menggoda manusia.

“Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, dia adalah kekasihku.”

“Tahukah kau Muhammad, aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatiNya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.”

“Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya maka ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar.”

“Sebab, barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu sehingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.”

“Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka melewatkan solat. Setiap kali ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk lalu dia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu. Maka solat itu
dipukulkan ke mukanya.”

“Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan dia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya ‘Lihat kiri dan kananmu,’ dia pun menoleh. Pada saat itu aku usapnya dengan tanganku dan ku cium keningnya serta aku katakan ‘solatmu tidak sah.’ Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.”

“Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjemaah, aku ikat lehernya dengan tali sehingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam atau meletakkannya sebelum imam.”

“Kamu tahu bahawa melakukan itu membatalkan solatnya dan wajahnya akan diubah menjadi wajah keldai. Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya sehingga dia menguap dalam solat.”

“Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan dia pun semakin taat padaku.”

“Kebahagiaan apa untukmu sedang aku memerintahkan orang miskin supaya meninggalkan solat. Aku katakan padanya, ‘Kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat.’ ‘Orang sakit dan miskin tidak wajib dan jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.’ Ia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.”

“Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu. Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka daripada Islam?” kata iblis.

Itu semua cara digunakan iblis untuk menggoda manusia menjadi kuda tunggangannya di akhirat kelak. Umat Islam digalakkan bermuhasabah diri dan memikirkan kembali apa yang perlu dilakukan supaya setiap ibadat dapat dijalankan dengan khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT bukannya sesama manusia.
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.