CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 12 Februari 2010

Antara Sebuah Al-Quran Dengan Kereta Sport




Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir
pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport
daripada ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu
hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang
ternama. Si ayah hanya tersenyum manakala si anak
bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya
begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi
miliknya.

Beberapa bulan berlalu ternyata si anak dengan berkat
kesungguhannya, dia telah beroleh kejayaan yang cukup
cemerlang. Hatinya berbunga keriangan.

Satu hari,si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya.
Si ayah memuji anaknya sambil menyatakan betapa bangga
hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak
yang cukup cemerlang dan si anak tersenyum puas.
Di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah
yang selama ini menjadi idamannya itu.

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak lalu
menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan
cantik. Si anak terkesima sungguh, bukan itu yang
kuhajatkan. Dengan hati yang berat kotak itu bertukar
tangan, matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yang
tidak menunjukkan sebarang perubahan seolah-olah tidak
dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya.
Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang
membungkus kotak itu. Penutup kotak dibuka.Apa makna
semua ini??? sebuah Al-Quran kecil dan comel dengan
cover kulit tinta emas menghiasi tulisan khat di muka
hadapan. Si anak memandang ayahnya terasa dirinya
dipermainkan. Amarahnya membuak dan nafsu mudanya
bergelojak. Ayah sengaja mempermainkan saya, ayah
bukannya tak tahu betapa saya menyukai kereta itu.
Bukannya ayah tak mampu untuk membelikannya. Sudah
ayah, bukan Al-Quran ni yang saya nak katanya keras.
Al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan, si anak
terus meninggalkan si ayah tanpa memberi walau sesaat
untuk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam
beg.Lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya.
Memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang
dimilikinya.

10 tahun berlalu si anak kini merupakan seorang yang
berharta dan mempunyai syarikat sendiri serta isteri
yang cantik dan anak-anak yang sihat serta cukup
membahagiakan. Namun hatinya tersentuh, sudah 10
tahun sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk
ayahnya.Sedang dia berkira2 sendiri, telefonnya
berdering.Pangglan dari peguam ayahnya dan mendapat
berita bahawa ayahnya meninggal dunia semalam dan
mewariskan semua hartanya kepada si anak. Si anak
diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang
berkaitan perwarisan harta. Dan buat pertama kalinya
setelah dia bergelar bapa,si anak pulang ke banglo
ayahnya sambil memerhatikan banglo yang menyimpan
1001 nostalgia dlm hidupnya,hatinya sebak.

Bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik
bacaan ayahnya lalu terpandang Al-quran yang di
hempaskannya dahulu, masih lagi setia berada disitu
bagaikan setia hati seorang ayah mengharapkan
kepulangannya selama ini. Perlahan2 langkahnya menuju
ke situ dan mengambil al-quran itu. Sedang
membelek-belek dengan penuh keharuan,tiba-tiba jatuh
sesuatu dari Al-quran itu segugus kunci di muka
belakang Al-quran serta sebuah sampul surat. Ternyata
diselotepkan disitu Kunci itu segera dipungut sambil
hatinya tertanya-tanya. Nyata sekali di dalam sampul
surat itu terdapat resit pembelian kereta idamannya
dibeli pada hari konvokesyennya.Dengan bayaran yang
telah dilunaskan oleh si ayah dan sepucuk warkah
tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini.
Surat yang bertulis : Hadiah teristimewa untuk
putera kesayanganku. Air mata si anak menitis deras,
hatinya bagai ditusuk sembilu. Penyesalan mula bertandang.
Namun semuanya sudah terlambat.

Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan
nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak
"dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan
yang kita hajati......

Isnin, 1 Februari 2010

Turki Akan Menghantar Rumah Pasang Siap Ke Palestin





Rumah ini mampu dibina dalam masa satu hari sahaja.
rumah ini keluasannya 57 meter persegi, mempunyai 2 bilik,
satu ruang tamu, tandas dan dapur.