CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 3 Mac 2010

MUKMINAT UNTUK MUKMININ


(PEREMPUAN-PEREMPUAN YG BERIMAN UNTUK LELAKI-LELAKI YG BERIMAN)
1. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki soleh.

2. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.

3. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

4. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana manjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

5. Isteri yang lihat suami dengan kasih sayang dan suami lihat isteri dengan kasih sayang Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

6. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar pada jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih dahulu daripada suaminya, akan jadi
ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada Yakut.

7. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah s.w.t. akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. bagi 12 tahun pahala ibadat.

8. Wanita yang perah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

9. Wanita yang uli / kamil tepong dengan Bismillah Allah s.w.t. akan berkati rezekinya.

10. Wanita yang menjaga solah, puasa dan taat pada suami Allah s.w.t. akan izinkannya memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

11. Wanita yang hamil akan dapat pahala
• Berpuasa pada siang hari dan
• Beribadat pada malam hari.

12. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas, manakala wanita yang picit suaminya bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

13. Seorang suami yang redha akan isteri ketika meninggal dunia, Allah s.w.t. mewajibkan syurga bagi isterinya.

14. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada 70 wali.

15. Jika suami mengajar isterinya satu masaalah (agama) akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

16. Di syurga semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t. Sedang semua manusia sibuk hendak berjumpa dengan Allah s.w.t., tetapi Allah s.w.t. akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap). Antara kelebihan berpurdah ialah;
• Allah swt. akan tingkatkan Nur pada wajah, 13 kali ganda daripada wajah asli. Kecantikan wajah seseorang wanita terletak bila Allah swt. beri nur wajah ini.
• Manfaat di dunia dengan memakai purdah sepenuhnya. Di syurga Allah swt. beri 70 kali ganda kecantikan La'ibah ketua bidadari. Ini merupakan satu rahmat dan nikmat dari Allah swt.
• Saidatina Fatimah r.a berkata kepada Rasulullah s.a.w; "Wahai Rasulullah s.a.w, jika seseorang itu dapat menjaga auratnya adalah manis daripada madu tetapi untuk mengamalkannya adalah lebih halus daripada seurat rambut kerana untuk menjaga seurat rambut adalah payah."
• Saidatina Fatimah r.a dapat menjaga auratnya dengan sepenuhnya hingga di akhirat kelak apabila ia hendak melintasi titian Sirat, Allah swt. memerintahkan semua orang supaya tunduk dan berpaling pandangan mereka dari melihat Saidatina Fatimah r.a. Beliau sungguh memandang berat pada aurat hingga beliau meninggal dunia maka kebumikanlah di waktu malam supaya tiada siapa dapat melihat samaada beliau kurus atau gemuk, tinggi atau rendah.

17. Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian laki-laki yang bukan muhrimnya atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan pada orang lain, maka dia tidak akan mencium bau syurga.

18. Seorang wanita yang menyambut baik suaminya yang datang dengan kemarahan, Allah s.w.t. berikan padanya ganjaran setengah pahala jihad.

19. Allah s.w.t. berkati dalam rezeki apabila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

20. Allah s.w.t. melaknat wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

21. Kepada wanita yang tidak menutup aurat, Allah s.w.t. berfirman: hiduplah dengan apa yang kau suka.

22. Nabi s.a.w. bersabda: "Tiga orang yang tidak diterima shalat / sembahyangnya (tidak diberi pahala shalatnya) dan tidak diangkat kebajikan mereka kelangit ialah:-
• Seorang hamba yang lari dari tuannya sehingga dia kembali.
• Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya sehingga suaminya redha.
• Orang yang mabuk hingga dia sedar kembali.

23. Seorang wanita yang membersihkan rumahnya dengan berzikir pahalanya seolah-olah ia membersihkan kaabah. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu di Baitullah.

24. Ibadat bagi malam hari dan siang hari seperti puasa bagi wanita yang mengandung.

25. Selepas seorang wanita melahirkan anak, Allah s.w.t. sediakan pahala 70 tahun sembahyang dan puasa. Setiap kesakitan pada satu-satu uratnya melahirkan anak itu, Allah s.w.t. memberi satu pahala haji mabrur.

26. Apabila seorang wanita meninggal dunia ketika melahirkan anak, dia dikira mati syahid.

27. Apabila seorang wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis di waktu malam dengan sabar, Allah s.w.t. memberi pahala 1 tahun sembahyang dan puasa, akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

28. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh iaitu 2½ tahun, malaikat dari langit datang membawa khabar gembira iaitu Allah s.w.t. mengurniakan / wajib syurga baginya.

29. Apabila seorang wanita memberi makan dengan taat, tanpa khianat kepada suaminya yang pulang dari musafir, maka Allah s.w.t. memberikannya 12 tahun ibadat / solat nafil.

30. Nabi SAW bersabda, maksudnya:
"Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa fisabilillah. Bila dia merasa sakit ketika akan melahirkan anak, maka Allah tambah lagi pahala yangtidak terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan dia menyusukan dengan susunya sendiri, maka setiap seteguk susunya, Allah akan berikan satu kebajikan. Bila sia semalaman tidak tidur kerana mengawasi (menjaga) anaknya yang sekejap-sekejap menangis, sakit dan sebagainya, maka allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam Fisabilillah dengan ikhlas."
(HR Hassan bin Sofwan, At Tabarani, Ibnu Asakir)

31. Mengenai layanan terhadap suami, Rasulullah SAW bersabda kepada anaknya Fatimah RHA yang bermaksud:
" Mana-mana wanita yang melayani suaminya; meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, memotong kukunya, maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan dia diringankan seksaan ketika sakaratul maut (ketika saat kematian), dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi Tititan Sirat tanpa menempuh kesusahan."

Jumaat, 12 Februari 2010

Antara Sebuah Al-Quran Dengan Kereta Sport




Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir
pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport
daripada ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu
hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang
ternama. Si ayah hanya tersenyum manakala si anak
bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya
begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi
miliknya.

Beberapa bulan berlalu ternyata si anak dengan berkat
kesungguhannya, dia telah beroleh kejayaan yang cukup
cemerlang. Hatinya berbunga keriangan.

Satu hari,si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya.
Si ayah memuji anaknya sambil menyatakan betapa bangga
hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak
yang cukup cemerlang dan si anak tersenyum puas.
Di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah
yang selama ini menjadi idamannya itu.

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak lalu
menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan
cantik. Si anak terkesima sungguh, bukan itu yang
kuhajatkan. Dengan hati yang berat kotak itu bertukar
tangan, matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yang
tidak menunjukkan sebarang perubahan seolah-olah tidak
dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya.
Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang
membungkus kotak itu. Penutup kotak dibuka.Apa makna
semua ini??? sebuah Al-Quran kecil dan comel dengan
cover kulit tinta emas menghiasi tulisan khat di muka
hadapan. Si anak memandang ayahnya terasa dirinya
dipermainkan. Amarahnya membuak dan nafsu mudanya
bergelojak. Ayah sengaja mempermainkan saya, ayah
bukannya tak tahu betapa saya menyukai kereta itu.
Bukannya ayah tak mampu untuk membelikannya. Sudah
ayah, bukan Al-Quran ni yang saya nak katanya keras.
Al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan, si anak
terus meninggalkan si ayah tanpa memberi walau sesaat
untuk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam
beg.Lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya.
Memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang
dimilikinya.

10 tahun berlalu si anak kini merupakan seorang yang
berharta dan mempunyai syarikat sendiri serta isteri
yang cantik dan anak-anak yang sihat serta cukup
membahagiakan. Namun hatinya tersentuh, sudah 10
tahun sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk
ayahnya.Sedang dia berkira2 sendiri, telefonnya
berdering.Pangglan dari peguam ayahnya dan mendapat
berita bahawa ayahnya meninggal dunia semalam dan
mewariskan semua hartanya kepada si anak. Si anak
diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang
berkaitan perwarisan harta. Dan buat pertama kalinya
setelah dia bergelar bapa,si anak pulang ke banglo
ayahnya sambil memerhatikan banglo yang menyimpan
1001 nostalgia dlm hidupnya,hatinya sebak.

Bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik
bacaan ayahnya lalu terpandang Al-quran yang di
hempaskannya dahulu, masih lagi setia berada disitu
bagaikan setia hati seorang ayah mengharapkan
kepulangannya selama ini. Perlahan2 langkahnya menuju
ke situ dan mengambil al-quran itu. Sedang
membelek-belek dengan penuh keharuan,tiba-tiba jatuh
sesuatu dari Al-quran itu segugus kunci di muka
belakang Al-quran serta sebuah sampul surat. Ternyata
diselotepkan disitu Kunci itu segera dipungut sambil
hatinya tertanya-tanya. Nyata sekali di dalam sampul
surat itu terdapat resit pembelian kereta idamannya
dibeli pada hari konvokesyennya.Dengan bayaran yang
telah dilunaskan oleh si ayah dan sepucuk warkah
tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini.
Surat yang bertulis : Hadiah teristimewa untuk
putera kesayanganku. Air mata si anak menitis deras,
hatinya bagai ditusuk sembilu. Penyesalan mula bertandang.
Namun semuanya sudah terlambat.

Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan
nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak
"dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan
yang kita hajati......

Isnin, 1 Februari 2010

Turki Akan Menghantar Rumah Pasang Siap Ke Palestin





Rumah ini mampu dibina dalam masa satu hari sahaja.
rumah ini keluasannya 57 meter persegi, mempunyai 2 bilik,
satu ruang tamu, tandas dan dapur.

Ahad, 10 Januari 2010

KEUTAMAAN BERSALAM DAN BATASAN BERSALAMAN

عن حذيفة بن اليمان – رضى الله عنه - عن النبى صلى الله عليه وسلم قال :
إن المؤمن إذا لقى المؤمن فسلم عليه و أخذ بيده فصافه تناثرت خطاياهما كما يتناثر ورق الشجر – رواه طبرانى-

Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a daripada Baginda
Nabi s.a.w berkata:Seorang mu’min apabila bertemu dengan
seorang mu’min kemudian memberi salam kepadanya dan
mengambiltangannya kemudian bersalaman. Maka
berguguranlah dosa kesalahan mereka berdua sebagaimana
berguguran daunan pokok.

عن البراء -رضى الله عنه - قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان إلا غفر لهما قبل أن يتفرقا

Daripada Al-Barra’ r.a – Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak berlaku dua orang muslim yang berjumpa kemudian
bersalaman melainkan akan diampunkan dosa mereka sebelum
mereka berpisah.

Banyak lagi hadis yang menerangkan tentang keutamaan
bersalaman. Namun ia di batasi dengan hadis

قالت عائشة أم المؤمنين – رضى الله عنها :-
وما مست كف رسول الله صلى الله عليه وسلم كف امرأة قط

Berkata Saidatina ‘Aisyah Ummul Mu’minin r.a:
Tidak pernah langsung telapak tangan Baginda Rasulullah
s.a.w menyentuh telapak tangan wanita.

Ini menunjukkan bahawa ada panduan dalam bersalaman.
Bukanlah harus semata-mata dan bukan haram semata-mata
berdasarkan kaedah yang diajar oleh para ulama yang
berpandukan Al-Quran dan Hadith badinda s.a.w.


كل عضو حرم النظر إليه : حرم مسه ولا عكس إلا الفرج فإنه يحرم نظره في وجه و يجوز مسه بلا خلاف

Setiap anggota yang haram dilihat haram juga disentuh,
berbeza dengan sebaliknya (iaitu setiap anggota yang
haram disentuh tidak semestinya haram dilihat) kecuali
kemaluan, kerana kemaluan itu haram dilihat -
menurut sesuatu pandangan - dan boleh disentuh tanpa khilaf.

(ruj. Al-Asybah wa An-Nazo’ir m.s811 cet Dar-Salam)

Baiklah, untuk mengetahui siapa yang boleh dan siapa yang
tidak boleh kita bersalaman, perlulah kita mengetahui
siapakah mahram kita.

(mahram yer bukan muhrim..muhrim itu maknanya orang yang
berihram, jangan salah faham lagi)

Rumusan mahram bagi lelaki.

(A)Mahram hubungan tali kekeluargaan.

1. Ibu
2. Anak perempuan
3. Adik beradik perempuan
4. Anak saudara perempuan daripada adik beradik lelaki.
5. Anak saudara perempuan daripada adik beradik perempuan.
6. Makcik (adik beradik ibu)
7. Makcik (adik beradik bapa)

(B)Mahram dengan sebab susuan dan musoharah (perkahwinan)

1. Ibu mertua
2. Anak tiri perempuan
3. Isteri bapa (ibu tiri)
4. Menantu perempuan.
5. Isteri atuk (nenek tiri)

(ruj. Al-Majmuk jilid 2 m.s 35 Dar-Fikr cet.2000)


Huraian mahram bagi lelaki.

Haram nikah kerana nasab iaitu kerabat ada 7
sepertimana Firman Allah :



bermaksud : Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu;
anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang
perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan;
saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak
perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki;
anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang
perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu;
saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu
(mertua); anak-anak isterimu yang dalam
pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri,
tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu
(dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu
mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak
kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan)
dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah
terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.

surah An-Nisak ayat 23

1) Ibu
- Setiap yang melahirkan kamu(ibu kandung)
- Begitu juga ibu kepada ibu kamu (nenek)
dan ke atas (ibu kepada nenek dan ke atas)
- Begitu juga dari bahagian bapa seperti ibu kepada bapa
(iaitu nenek sebelah bapa) dan nenek-nenek bapa.

2) Anak perempuan
- Setiap anak perempuan kandung kamu.
- Setiap anak perempuan yang lahir daripada anak
kandung kamu (iaitu cucu perempuan)

3) Adik beradik perempuan
- adik beradik perempuan seibu sebapa(adik beradi kandung)
- adik beradik perempuan seibu(adik beradik perempuan tiri)
- adik beradik perempuan sebapa(adik beradik perempuan tiri)
- Bernikah dengan mereka haram sama ada adik beradik
perempuan kandung atau tiri

4) ‘Ammah - Makcik (adik beradik bapa)
- Mereka adalah adik beradik bapa, sama ada adik beradik
kandung bapa kita atau adik beradik tiri bapa kita.
- Kemudian makcik kepada bapa(nenek sedara) dan makcik
kepada ibu(nenek sedara)
- makcik kepada atuk dan makcik kepada nenek.

5) Kholah - Makcik (adik beradik ibu)
- Mereka adalah adik beradik ibu, sama ada adik beradik
kandung atau tiri.
- Kemudian makcik kepada bapa dan makcik kepada ibu.
- makcik kepada atuk dan makcik kepada nenek.

6) Anak saudara perempuan daripada adik beradik lelaki.
- Anak saudara perempuan daripada adik beradik lelaki,
sama ada adik beradik lelaki kandung dan tiri.
- Kemudian, anak perempuan kepada anak lelaki daripada adik
beradik lelaki (iaitu cucu perempuan daripada adik
beradik lelaki).
- Anak perempuan kepada anak perempuan daripada adik
beradik lelaki(iaitu cucu perempuan daripada adik
beradik lelaki).
- Dan ke bawah(iaitu cicit perempuan daripada adik beradik
lelaki).


7) Anak saudara perempuan daripada adik beradik perempuan.
- Anak saudara perempuan daripada adik beradik perempuan,
sama ada adik beradik perempuan sebapa seibu atau adik
beradik perempuan sebapa atau adik beradik perempuan
seibu.
- Begitu juga anak perempuan kepada anak lelaki daripada
adik beradik perempuan (iaitu cucu perempuan daripada
adik beradik perempuan).
- Anak perempuan kepada anak lelaki daripada anak perempuan
daripada adik beradik perempuan (iaitu cicit perempuan
daripada adik beradik perempuan)
- Dan ke bawah.


Huraian mahram sebab Musoharah (perkahwinan)

1) Ibu kepada isteri (ibu mertua)
- sama ada sudah bergaul dengan isteri atau belum.
- Ibu mertua seperti ibu kandung kamu.
- sama ada ibu kandung isteri kerana nasab atau ibu susuan.
- Begitu juga haram ke atas lelaki setiap yang bersambung
kepada isterinya dari kalangan nenek (iaitu nenek-nenek
yang bersambung daripada isteri). Nenek daripada bapa
isteri atau nenek daripada ibu isteri.

2) Anak perempuan isteri (anak tiri)
- Tidak menjadi haram (muabbad) kecuali setelah bersama
dengan isteri.

Masalah:
[Berkahwin dengan seseorang wanita tetapi tidak dukhul
(tidak jimak atau bersetubuh) kemudian bercerai,
maka dia boleh berkahwin dengan anak perempuannya
(bekas anak tiri).

Tetapi jika sudah dukhul, maka dia tidak boleh berkahwin
dengan anak tirinya walaupun setelah diceraikan ibunya.

Manakala apabila berkahwin dengan seorang perempuan maka
tidak boleh berkahwin dengan ibunya buat selama-selamanya
(ibu mertua adalah haram muabbad) sama ada dukhul atau
tidak dukhul)

3) Isteri anak lelaki (menantu)
- Begitu juga isteri kepada anak lelaki anak kamu
(isteri cucu kamu)
- Dan ke bawah dengan sebab nasab atau susuan.

4) Isteri bapa (ibu tiri)

- Termasuk juga isteri bapa (ibu tiri) dan isteri atuk
(nenek tiri) dan ke atas daripada pihak bapa atau ibu
atau kedua-duanya. Diharamkan juga berkahwin dengan
isteri bapa daripada susuan.

5) Menghimpunkan isteri antara dua adik beradik.

Kelima-lima pengharaman tersebut bersumber dari Al-Quran
dan terdapat dua sumber pengharaman daripada Sunnah iaitu:

1. Menghimpunkan antara isteri dan ‘Ammahnya
(makcik daripada adik beradik bapa)
2. Menghimpunkan antara isteri dan Kholahnya
(makcik daripada adik beradik ibu)

(ruj. Al-Majmuk jilid 17 m.s 377- 379 Dar-Fikr cet.2000)

Selasa, 5 Januari 2010

11 ORANG SENTIASA DI DOA OLEH MALAIKAT

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan
bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun
hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu
si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk
menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci,
kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya:
"Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."

3. Orang yang berada di saf hadapan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat
ke atas (orang) yang berada pada saf paling hadapan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah
(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu
berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang
imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam
membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai),
ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang
ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat,
dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas
melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu
antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat,
di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar
secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu
malaikat(yang menyertai hamba) pada malam hari
(yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik
(ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar
dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari
(hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat
yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah
bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan
hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang
melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan
mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada
hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan
orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim
untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang
yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada
kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya,
setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah
kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun
mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari
pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya
kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara
kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi
orang yang berinfak…’ “

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah
dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang
sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menziarahi orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang
mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus
70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya
di waktu siang hingga petang dan di waktu malam
hingga Subuh.”