Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti
Alahabad,dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku
mengenai Kalki Avatar beerti Pembimbing Agung.Beliau
mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang
terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah
Nabi Muhammad S.A.W. Di India kebiasaannya sejurus selepas
sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatau bahan bualan
dan gosip seluruh negara. Jika pengarang buku ini seorang
muslim, sewajarnya dia akan ditangkap atau beliau akan
dibunuh dan semua buku-bukunya akan ditarik balik dari
pasaran.Hingga ketahap ianya tidak dibenarkan untuk diulang
cetak.Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap
insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah
dimana-mana.Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini
adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor
khusus yang secara kebetulan seorang Hindu.Nama beliau
ialah Mr.Pandit Vedaprakash Upadhal,menamakan tajuk bukunya
sebagai "Kalki Avatar".Pengarang adalah penyandang sami
beragama hindu Brahmin berasal dari Bengali dan
penyelidik sekular.
Menurut kepercayaan penganut hindu,ada digariskan gambaran
dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar,ia
sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad S.A.W. Jadi
penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu
lagi akan kedatangan Kalki Avatar(semangat/roh) yang
dimaksudkan. Sewajarnya mereka segera menerima kenabian
nabi Muhammad S.A.W. Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah
(Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu
mereka itu.Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah
disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain
yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan
diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung,
sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah
pun wafat 14 abad yang lalu.
Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang
digali kitab Vedas serta buku-buku suci agama hindu yang
lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:
1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu)
telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan
yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh
dunia dan seluruh manusia dialam ini. Al-quran telah
memberitahu bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah nabi yang
terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.
2. Menuruk ramalan agama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan
berlaku disuatu tempat menyerupai pulau(negeri dikelilingi
padang pasir)dan mengikut agama hindu ianya di kawasan bumi
Arab.
3. Didalam buku hindu,nama bapa dan emak Kalki Avatar
dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI.Jika kita lihat
makna bagi kedua nama tersebut,terdapat sesuatu yang menarik
untuk direnungi. Lihat,
VISHNUBHAGAT = Vishnu(beerti tuhan)+ Bhagat(beerti hamba)
diterjemah dalam bahasa arab,tuhan(ALLAH) + hamba(Abdul)
Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH(bapa kepada Nabi
Muhammad s.a.w)
Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam
bahasa arab AMINAH(nama ibu Nabi Muhammad s.a.w).
4. Dalam buku buku agama hindu, dinukilkan bahawa bahan
makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun.
Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling
dipercayai seluruh masyarakatnya.Tak dapat disangsikan
bahawa makanan asas Nabi ialah buah kurma dan zaitun.
Nabi Muhammad S.A.W. juga mempunyai akhlak sebegini
tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.
5. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar
akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati.
Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari
golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh
masyarakat ketika itu.
6. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan
mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua.
Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad
S.A.W dengan memerintahkan Malaikat Jibrail A.S. untuk
mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam
gua yang bernama Gua Hira'.
7. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang
pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya
serta naik kelangit hingga langit ke-7. Ini bertepatan dengan
apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa
Isyra' dari masjidi haram di Mekah ke Masjidil Al-Aqsa di
Pelestin dan Mi'raj nabi kelangit ke-7 dengan menunggang
seekor Burak dalam satu malam.
8. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar
akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh Tuhan, ini
terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa
kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan
yang lain-lain.
9. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan
dilahirkan pada 12 haribulan.Ini bertepatan sekali bahawa
Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal
(kelendar Islam).
10. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah
merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main
pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w
yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang
mengajak penganut agama hindu berfikir bahawa zaman kuda
dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan
senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal
mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa
penghujung,walhal ia telah punmuncul 1400 tahun yang lalu.
Dalam al-quran telah diceritakan tentang ciri-ciri dan
tanda-tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan
bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap
Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah-hujah yang
mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi
Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan
kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan
renungilah akan kebenarannya.
Khamis, 31 Disember 2009
Nabi Muhammad s.a.w. dalam Kitab Agama Hindu
Ahad, 26 Julai 2009
YANG TERSIRAT DISEBALIK EMPAT PERKARA
4 alamat orang cerdik
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain
4 alamat orang beriman
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman
4 tanda orang berakal
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya
4 alamat orang rendah
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan
4 yang menimbulkan cinta
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik
4 soal yang membawa keuntungan hidup
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih
4 sempurna dengan 4
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan
4 mesti dijaga
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah
4 macam pencarian
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal
Khamis, 28 Mei 2009
Sebab Utama Lelaki ditarik ke Neraka
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita.Lelaki itu adalah mereka yg
tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah
itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
anak-anak perempuannya didunia.Dia tidak memberikan segala
keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.
Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja.
Maka dia akan ditarik keneraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang?.
Adakah kau mengajarnya bersolat?puasa?menutup aurat?
pengetahuan agama?Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
jahanam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan utk suami
tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila
suami mendiamkan diri walaupun seorang yang alim dimana
solatnya tidak pernah bertangguh,puasanya tidak tinggal,
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama
ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah
hal keadaan isteri tercintamu sekarang?.
Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau
menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka
terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati
bersamanya di 'taman' neraka sana)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah
wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.
Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan
adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan
adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jangan
hanya menjaga amalmu,dan jangan ingat kau terlepas.
Kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak.
jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat
dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal
kelakuan yang haram disisi Islam.Bila ibu membuat
kemungkaran mengumpat,memfitnah,mengata dan sebagainya.
Maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
p/s; Duhai anak2 lelaki.sayangilah ibumu.nasihatilah dia
jika dia melakukan maksiat dan meniggalkan perintah
Allah.
Rabu, 27 Mei 2009
Nafsu yang Degil pada Perintah Allah
Dalam sebuah kitab karangan Ustman bin Hasan bin Ahmad
Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam
abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya
Allah S.W.T telah menciptakan akal.
Maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal mengadaplah engkau."
Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T.,
kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :
"Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata,
"Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah
hambaMu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal tidak Kuciptakan makhluk yang lebih mulia
daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman
kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".
Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.
Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata,
"Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim
selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata,
"Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu'
selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T
berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan
siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,
"Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan
sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu
adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu,
jangan biarkan nafsu mengawal kita, kerana jika nafsu yang
mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
Khamis, 21 Mei 2009
DOSA GUGUR APABILA SUAMI ISTERI BERSALAMAN
RASULULLAH saw bersabda yang bermaksud:
"Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya,
maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat
suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon
kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada
suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana
kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika
pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan
suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan
Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan
suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami.
Justeru,apabila suami pulang segeralah bukakan pintu,
persilakan masuk dengan penuh hormatdan ciumlah tangan suami
sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri
merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami
bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa
dari celah-celah jari mereka berdua.Andai mempunyai anak-anak,
ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya
kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak
kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti
isteri.Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup
sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula,
tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai yang bergelar isteri,hendaklah berlumba-lumba
untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa,
berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud:
"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang
berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara,
ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa
dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan
mencari keredhaan Allah melalui keredhaansuami.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada
Dzat yang memilikimu."
Khamis, 14 Mei 2009
Wudhuk Zahir dan Batin
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak
dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau
ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang
yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki
dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari,Isam menghadiri majlis seorang abid bernama
Hatim Al-Assam dan bertanya,
"Wahai Aba Abdurrahman,bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata,"Apabila masuk waktu solat,aku berwudhuk zahir
dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "
Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu
membasuh semua anggota wudhuk dengan air".
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh
perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang(riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid,
aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku
5. dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas
titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku
kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat
dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya
kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk,aku
bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam
dengan ikhlas.Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar,menangislah dia kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Pesan Roh pada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad,dia akan berkata-kata dan
seluruh isi alam samada di langit atau bumi akan mendengarnya
kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan,lalu roh
berkata:
"Wahai manusia yang memandikan,aku minta kepadamu kerana
Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan
kerana pada saat ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu:
"Wahai manusia yang memandikan, janganlah engkau menuangkan
air dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan
air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh
dari tubuh".
Apabila dimandikan,roh sekali lagi merayu:
"Demi Allah, wahai manusia yang memandikan jangan engkau
menggosok aku dengan kuat kerana tubuhku luka-luka dengan
keluarnya roh".Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki
mayat diikat dan dia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi
supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafani kepalanya
kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak,isteri atau
suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai
Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu dia berpesan:
"Demi Allah,wahai jemaahku,aku telah meniggalkan isteriku
menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku
telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku
tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya
kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke
kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara
buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,
roh pula berpesan:
"Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,
jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan
aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
melalaikan aku.Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku
telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak
mahu menanggung kesalahanku".
"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa
senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu
mendoakan aku".
Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau
yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari
kubur dan duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun
tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka
mereka.Dalam mimpi itu,Abi Qalabah dapat melihat jirannya
juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat
jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana
petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku
mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah
mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.
Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan
menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa
mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji
di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali
lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya
sudah ada nur dimukanya dankelihatan lebih terang daripada
matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan
kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak
kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut
hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang
lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya
mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai
ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. Lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,
maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang
disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya disyurga. Apabila orang yang beriman itu melihat
syurga,maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga
dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S.
akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak itu
dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang
itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah
kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi
tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki
seorangmukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat
maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin
itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang
mukmin itu dengan berkata:
"Tidak Ada jalan bagimu mencabut roh orangini melalui jalan ini
kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada
Allah S.W.T.".
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun
kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan
oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. Berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T.
Maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin
dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah
tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak
yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:
"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari
arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini
mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari
arah kaki.Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan
sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa
berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan
kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari
arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga
pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari
arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka
berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa
melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa
menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat, tulis Asma'Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan
kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut
menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma' Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma' Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia
keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga
mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak
di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung
dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,
mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang
akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka
keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.