CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 7 Mei 2009

9 SEBAB HATI TAK TENANG

1) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam
diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati
tentunya tidak terang..

2) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang
seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas
dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti
sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.
Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki
sifat ketuhanan.

4) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,
pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa
berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang
yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid
tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap
memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki
itu Allah beri melalui makhluk.

5) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak
akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum
air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis
juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan
harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita.
Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan
rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki
itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah
lagi hal-hal yang lebih besar.

7) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak
tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari
sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri,
cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk
dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji,
ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan
amalannya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa
yang kita ada.

9) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah
dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi
kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa
amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia
merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia
merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat
itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

0 ulasan: