CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 14 Mei 2009

Wudhuk Zahir dan Batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak
dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau
ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang
yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki
dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari,Isam menghadiri majlis seorang abid bernama
Hatim Al-Assam dan bertanya,

"Wahai Aba Abdurrahman,bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata,"Apabila masuk waktu solat,aku berwudhuk zahir
dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "

Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu
membasuh semua anggota wudhuk dengan air".
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh
perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang(riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid,
aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku
5. dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas
titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku
kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat
dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya
kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk,aku
bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam
dengan ikhlas.Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar,menangislah dia kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

0 ulasan: