CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 9 Mei 2009

Posisi tidur menurut islam dan sains

Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a.:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan
kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat.
Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu.
(Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada
lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain
adalah seperti berikut:-

1)Tidur dengan meniarap


Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh
yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana
beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang
dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan
menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan
kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan
otak. "

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku
peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila
mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di
lambung kanan atau kiri.

Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain
telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut
kanak-kanak yang tidur meniarap.Tidur meniarap adalah dilarang
oleh Islam.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w .
Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai
oleh Allah dan Rasulnya."
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki
yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan
kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya
ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

2)Tidur menelentang


Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut
kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan
mereganngya rahang bawah.Sepatut dan seeloknya hidung yang
bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring
udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan
untuk memanaskan udara.Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan
seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga
menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

3)Tidur mengiring ke kiri


Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika
itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru
kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan
kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua..
Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur
mengiring ke ke kiri.Kajian yang telah menunjukkan bahawa
makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung
diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring
ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri
memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan
kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan.
Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan.
Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak
tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik.
Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas
proses penghadaman.

-----------------------------------------------------------------------------------
Rujukan: Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak
oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.

0 ulasan: