CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 14 Mei 2009

Pesan Roh pada Manusia



Apabila roh keluar dari jasad,dia akan berkata-kata dan
seluruh isi alam samada di langit atau bumi akan mendengarnya
kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan,lalu roh
berkata:
"Wahai manusia yang memandikan,aku minta kepadamu kerana
Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan
kerana pada saat ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu:
"Wahai manusia yang memandikan, janganlah engkau menuangkan
air dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan
air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh
dari tubuh".

Apabila dimandikan,roh sekali lagi merayu:
"Demi Allah, wahai manusia yang memandikan jangan engkau
menggosok aku dengan kuat kerana tubuhku luka-luka dengan
keluarnya roh".Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki
mayat diikat dan dia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi
supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafani kepalanya
kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak,isteri atau
suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai
Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu dia berpesan:
"Demi Allah,wahai jemaahku,aku telah meniggalkan isteriku
menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku
telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku
tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya
kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke
kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara
buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,
roh pula berpesan:
"Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,
jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan
aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
melalaikan aku.Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku
telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak
mahu menanggung kesalahanku".
"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa
senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu
mendoakan aku".

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau
yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari
kubur dan duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun
tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka
mereka.Dalam mimpi itu,Abi Qalabah dapat melihat jirannya
juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat
jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana
petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku
mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah
mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.
Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan
menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa
mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji
di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali
lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya
sudah ada nur dimukanya dankelihatan lebih terang daripada
matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan
kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak
kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut
hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang
lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya
mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai
ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. Lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,
maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang
disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya disyurga. Apabila orang yang beriman itu melihat
syurga,maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga
dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S.
akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak itu
dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang
itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah
kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi
tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki
seorangmukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat
maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin
itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang
mukmin itu dengan berkata:
"Tidak Ada jalan bagimu mencabut roh orangini melalui jalan ini
kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada
Allah S.W.T.".
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun
kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan
oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah S.W.T. Berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T.
Maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin
dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah
tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak
yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:
"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari
arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini
mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari
arah kaki.Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan
sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa
berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan
kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari
arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga
pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari
arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka
berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa
melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa
menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat, tulis Asma'Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan
kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut
menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma' Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma' Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia
keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga
mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak
di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung
dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,
mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang
akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka
keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.

0 ulasan: