CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 7 Mei 2009

Temuduga sebagai calon JENAZAH



KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli
Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca
iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
-Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham atau
saham Internet.
-Anda tidak perlu bawa pingat,Mercedes mata belalang
atau kad kredit.
-Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang
anda kumpul.
-Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik,hensem atau
berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu :
Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Malaikat Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk
menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa
saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada
orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang
tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Hanbal,
yang bermaksud:

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di
dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara
(terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur
pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang
dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan
diletakkan di kepalanya,
puasanya diletakkan disebelah kanannya,
zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan
daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan
dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.Ia akan
didatangi malaikat dari aras kepala,maka solat itu
berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada
jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan,
maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan
masuk.Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri,
maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada
jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung
kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku
tidak ada jalan masuk.Maka malaikat berkata
kepadanya : Duduklah kamu.Kepadanya (mayat) memperlihatkan
matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya
kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang
laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar,
aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya
engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat)
tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan
kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu
kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah!
Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa
Nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa
kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat
berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan
dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga
kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian
dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah
tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan
berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu.
Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari
cahaya baginya'.

Jadi pembaca-pembaca sekalian, mari kite renungkan. Adakah kita
benar-benar bersedia menghadapi temuduga tersebut??????

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

0 ulasan: