CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 27 Mei 2009

Nafsu yang Degil pada Perintah Allah

Dalam sebuah kitab karangan Ustman bin Hasan bin Ahmad
Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam
abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya
Allah S.W.T telah menciptakan akal.

Maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal mengadaplah engkau."
Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T.,
kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :
"Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata,
"Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah
hambaMu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal tidak Kuciptakan makhluk yang lebih mulia
daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman
kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".
Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.
Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata,
"Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim
selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata,
"Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu'
selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T
berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan
siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,
"Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan
sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu
adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu,
jangan biarkan nafsu mengawal kita, kerana jika nafsu yang
mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

0 ulasan: